Majlis zikir.

Sayidina Abu Sa’id Khudri r.a meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT mengisytiharkan pada hari kiamat: “Hari ini orang-orang yang berhimpun (di padang mahsyar) akan mengetahui siapakah orang-orang yang mulia.” Ada orang bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang-orang yang mulia?” Baginda bersabda: “(Orang-orang) yang duduk dalam majlis-majlis zikir di masjid-masjid.” (Musnad Ahmad, Abu Ya’la: Majma’uz Zawaid)